Wednesday, June 12, 2013

Satu penghijrahan . Satu perubahan.


Hidup ini sentiasa berubah. Apatah lagi manusia. Semua akan bergerak ke peringkat seterusnya. Macam aku. Mengalami perubahan daripada remaja sekolah ke remaja universiti. Dan benda itu bukan mudah. 

Semua sudah mencorak haluan masing-masing. Semua sedang membina blok-blok impian masing-masing. Dan seperti aku juga semua sedg merancang sebuah masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Namun norma kehidupan. Tak semua yang harap dapat diperoleh. Harapan aku musnah. Impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara berkecai begitu sahaja. Impian untuk bermain-main dengan girang di Tulip Fields of Holland, menyusuri lembah sungai NIl, merasai ketakutan di rumah hantu di Scotland hanya tinggal impian kanak-kanak semata-mata. 

Namun aku bersyukur. Kerana aku masih ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara bawah tajaan MARA. dan aku bersyukur juga ditawarkan kos yang sememangnya aku minat. 
Alhamdulillah. Allah is the best planner. Mungkin kos tu terbaik untuk aku tapi luar negara bukan yang terbaik untuk aku. Takdir Tuhan. Tak perlu dipersoalkan. 

Sekarang aku hanya perlu redha. 
KEEP CALM AND PACKING. 
aku daftar 17/6 nie. tak leh bayang lah camne. 

HOPE FOR THE BEST =) 

spm fivers 2012, korang pulak ape citeee?? 

Tuesday, June 4, 2013

Years of Amanah =D


It's not very often for me to sit down and flashback my memories as I prefer to move on however once in a while it is definitely nice to have old memories conquered my minds.

I miss my classmates.4 Amanah-ians and 5 Amanah-ians. Like seriously. Yeahh. I know all of you feel the same. The best class ever.. The quiet class ever.. 
Big time. Love it! 


My stuff in the classrom. The chair to sit, and the desk to sleepp.. MUAHAHA. just kidding. My place was beside the window so it's very cool, windy and refreshing! I love raining time during lesson freaking damn much it makes me feel like I am in overseas. HAHAHA. The view is absolutely great! 



The view from the front. This is during examination time. Look! Our classmates managed to won a big trophy! (usually we had never been in the top three ranking) hehehe.. 



The door of knowledge. Muahaha. Ignore the words! 



Boys = Majority. Girls = Minority. 



Thursday, May 30, 2013

Mencuba menerima ketentuan dengan hati terbuka =)


You did not come to this life with your own will. Also, will not leave this world with your own will. Then why live a life according to your will? A muslim is he who submits himself to the will of Allah S.W.T. 

Everyone. Whether you and me or them. All of us have our own dream to achieve in the future. We want to reach for the stars and yet be the brightest star after all. However, not every dream can be fulfilled. Sometimes, we do not get what we want. Allah S.W.T give something which we never ever think about it. But deeply in our heart, we must trust Him that He has the best plan for us. 

Semoga kita semua gagah, berani, sabar, redha, gigih dan tawakal dalam mengharungi jalan-jalan hidup yang telah ditetapkan untuk kita. 

Terimalah semua ketentuan dengan hati yang terbuka. 
Walaupun ada yang mencebik, dan ada yang memandang enteng, yakinlah selepas malam, terbitlah siang dan lepas hujan, muncullah pelangi. 

Jom berusaha mengejar pelangi itu! =D 

p/s : Esok InsyaAllah akan berjaulah ke sebelah selatan Malaysia. Doakan perjalanan kami selamat. Amin. 

Wednesday, May 29, 2013

Coret-coret universiti #1


Alhamdulillah. 
Sudah ramai pelajar lepasan SPM 2012 telah menyambung pelajaran masing-masing di universiti yang telah ditakdirkan untuk mereka. 

Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang overexcited dan tak kurang juga ada yang mengeluh. 

Tapi apa-apapun, kita patut bersyukur dengan apa yang kita terima. 

Ingatlah akhowat akhowat sekalian, apa-apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T itu merupakan yang terbaik untuk kita. If Allah brings you to it, He will brings you through it. 

InsyaAllah tempat yang Allah sudah tetapkan untuk kita merupakan tempat tarbiyah terbaik untuk kita. Tempat tarbiyah yang sangat penting bagi mengikis karat-karat jahiliah kita. 

Yakinlah dan Senyum. 



Jangan sedih . Allah dah tahu apa yang terbaik .





Tuesday, May 28, 2013

Persediaan sebelum masuk Universiti =D


Assalamualaikum. Hello boys and girls =D 


Kepada pelajar-pelajar yang sudah mendaftarkan diri di matrikulasi terutama pada 27/5/2013, 
GOOD LUCK diucapkan. Buat yang terbaik you all. Terutamanya yang dapat aliran akaun. Sebab akak saya yang juga ex matrikulasi zaman tok kadok dulu kata, akaun nie memang gampang nak score. 
So, please work hard and work smart. It's for your own good buddies! 

Kepada budak-budak mengganggur macam saya nie, yang tarikh daftar nyee lambatt lagi, boleh tidor bangun tidor bangun lagi dengan senang hati lagi, aku ucap GOOD LUCK jugak kepada korang. Buat persediaan sehabis baik sebelum masuk universiti. !

Here are some tips on what have to be prepared before furthering studies : 

(a) Setkan dalam minda anda bahawa UNI life is completely differs from school. Lagi bebas, lagi fun, lagi thrill dan lagi exciting! Terlalu over sampaikan kita perlu kawal diri sebaik mungkin. 

Ingatlah. Antara ujian besar semasa ujian remaja ini adalah kenikmatan dan keseronokan. 

(b) Sediakan mental dan fizikal sebaik mungkin. Hal ini sgt pentinggg sgt untuk kos yang susah macam medic course. Sebab banyakk sangat benda yg awak kena hafal dan kene tahu. Ia bukan senang okayy sebab kita nak hafal nota sejarah dulu pun , punyalah susah. hehe =D 







Sebulat kata Sepenuh Jiwa =D



Cak!! ni cousin saya yang tembam kiut miut comey lotey. Hazwan or nama glamour HZ =D 

Assalamualaikum. Boys and girls. 
How was your day? SHINE brights like a diamond or CLOUDY like a chance of meatballs? 
Live well or live hell , you choose buddies =) 

Lately, sudah ramai budak seangkatan batch saya sudah masuk ke pusat pengajian masing-masing , untuk mencedok seberapa banyak ilmu bagi kos masing-masing. 27/5/2013 - dengan jayanya, hampir beratus ribu pelajar sudah mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi masing-masing. Macam-macam reaksi boleh ku lihat. 
Ada yang happy, over excited sebab duk jauh, dan ada juga yg x berpuas hati dengan kemudahan di tmpt tersebut. Well, kalau nak tempat yg high class, better you go to sleep and start dreaming again. 
Ingatlah wahai kawan2, tempat takkan menyesuaikan diri dengan anda. You have to fit with them. 

Aku juga dapat mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi Melaka. 
Program aliran sains selama setahun. 
Rasa rugi jugaklah tolak sebab bak kata cikgu aku, 
"KMM nie tempat budak-budak pandai". 
Cikgu tu memang ex-KMM and dia memang sarankan aku untuk pergi ke situ. 
Tapi fikir-fikir , aku rasa aku perlu menunggu peluang lain dahulu. 

Aku jugak mendapat tawaran temuduga daripada Institut Perguruan(IPG). 
Tapi macam catatan yang aku tulis sebelum ini, 
IPG hanya memerlukan lebih kurang 1200 pelajar sahaja tahun ini. Sebabnya mereka kata
nak melahirkan guru yang betul2 cemerlang dan berkualiti. 
Konklusinya, memang agak tipis lah peluang untuk masuk IPG walaupun aku nie dalam list Program Cemerlang IPG. So nak tak nak, aku tak terima IPG. 

Untuk UPU pula , aku dapat tawaran daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 
Dalam bidang Asasi Bahasa Inggeris. Ibarat belajar Bahasa Inggeris secara mendalam. 
Tak belajar sains, biology, chemistry and physics dah. Bahasa Inggeris semata-mata. 




Monday, May 27, 2013

Officially dedicated to "Budak Asrama" : Jangan berkira sangat , okeyh?

Assalamualaikum. Holla people I'm back yo!
And today aku ada benda sikit nak share dengan korang semua. Especially and officially dedicated to budak yang tinggal kat asrama. For those yang tak tinggal kat asrama pun, digalakkanlah membaca karna di Universiti nanti juga anda akan tinggal di asrama juga. Itu teramatlah pasti. Tapi nie random ideas aku jela. Yang mana yang benefits, silakanlah ambil.

Let's start !

Kepada budak yang tinggal kat asrama,


1. Jangan berkira sangat bila nak guna sabun banyak-banyak kat pakaian korang dan juga DIRI korang.
    Sebab asrama nie tempat yang paling gampang + senang + mudah nak mendapat penyakit berjangkit.
    Contohnya kurap, kudis. dan sebagainya. so becareful!

2. Jangan berkira sangat kalau nak beli sanitizer tu. Sebab sanitizer nie memang protector yang amat bagus!
    tehee.. gunalah after korang ke tandas. sebab beribu-ribu students guna toilet hari-hari. Mungkin kuman
    yang ada kat tangan mereka melekat elok je kat paip dan sinki tu. Baek hangpa berhati-hati.

3. Jangan berkira sangat nak kiwi / lapkan kasut korang biar bersinar dan berkilat! biasenya boarding school
    nie , peraturannya mesti memakai kasut kulit. so please spend time untuk mengsental kasut anda biar
    licin.  Kalau hangpa punya pakaian bersih, tapi kasut kotoq. tak jadi gak.. huhuhu.

4. Jangan berkira sangat nak beli buku rujukan banyak2. Buku-buku ini sgt penting menjelang SPM.
    Seriously. Korang boleh compare2 jawapanlah macam2.

5. Jangan berkira sangat nak bangun pagi-pagi walhal masa itu kawan2 kamu semua sedang enak
    dilayan mimpi. Sebab diorang rugi. Kamu semua yang untung. Bangun pagi nie bagus sebab otak masa
    ini memang tersangat segar dan InsyaAllah boleh menerima maklumat semaksima mungkin.
    So, apa tunggu lagi! Be a morning person and let's starts the day at 5!

6. Jangan berkira sangat nak pergi study sorang2 kat blok akademik hari Jumaat dan Sabtu. HEHE.
    Kat sekolah kamu semua saya tak tahulah mcm mana. Kalau maktab saya dulu, blok akademik
    merupakan kawasan larangan pada hari Jumaat dan Sabtu. SO situlah tempat palingg sunyi dalam
    maktab. Ala-ala umah hantu kat Scotland. Haha gurau jah. so aku pun apa lagi, menyelinap sorang2 kat
    blok akademik. tmpt yg condusive untuk study memang aman dan nyaman!hahahaha.
    ( HEP, mintak maaf yea! =)

7. Jangan berkira sangat nak pergi tanya cikgu kalau ada masa lapang. Nie perkara basic lah kiranya.
    Tahanlah lapar sikit masa recess dan masa lunch. Gunakan masa itu. Go and ask the teacher.
    You will get a LOTT of FOOD for your brain. Banyak ilmu boleh dicedok!

8. Jangan berkira sangat nak ajar orang lain tentang sesuatu subjek or subtopik. Sebab satu cara untuk
    mengingat ialah dengan mengucapkannya selalu. Daripada hangpa duk menghafal BIOLOGY dengan
    cara "barking the phrase" sorang2, baik hangpa mengajar orang lain yang tak berapa faham dan
    seangkatan dengannya. it's fun you know.

9. Jangan berkira sangat nak menggunakan duit anda untuk makan yang sedap sedap. Guna duit bebanyak
    untuk makan takpe dan lebih baik daripada korang membazir duit untuk rokok atau sebagainya.
    Ingat - perut kenyang hati senang! korang nak study pun lebih selesa dan bertenaga!. tapi please
    jangan overdosed. nanti mcm ular sawa, tidur tak bangun2. teehhee

10. Jangan berkira sangat nak share barang-barang dan makanan ngan orang lain!. Sebab sharing is caring
      =D . boleh menjalinkan ukhuwah! so sweet ^^,


So setakat nie sajalah idea aku mampu dijana =D. nie based on my experience selama 2 tahun tinggal kat boarding school.  teeheee.. have fun with it! hahaha.




 



Wednesday, May 22, 2013

Trip to Jakarta 17/5/2013 - 19/5/2013 part 1

Assalamualaikum.Holla people! 

Malam nie takde keje nak buat. Dah hampir tersengguk membaca buku Cinta High Class by Ustazah Fatimah Syarha so i decide untuk update blog yang penuh bersawang nie!. Hehe, do read everyone. 

Itu hari, jumaat lepas, aku , ma , ayah dan abang long telah meninggalkan tanah air. tak lama pun. tiga hari ja. hehe. we were having a trip to jakarta! My beloved sister, the one before me has graduated from her university so called University Kristen Krida Wacana. Well, a little fact about that university is it is controlled by Christians. Ada ketua pendeta , dewan senat semua2 lah. Tapi still, mereka menghormati Muslim. 

So then, let the picture speaks!. 


Stunning pink! Love it =D 



Semasa menunggu untuk berlepas ke Jakarta. 


Arriving. hello the country of Randy Pangalilla! See that Lion Air Plane? - One of the famous flight company there. 


I am money hungry!. MUAHAHAHA!! 
Currency. RM 330 = 1 juta rupiah. 


Invitation Card to the WISUDA. A little knowledge to gain :
Majlis Graduasi dipanggil WISUDA di Jakarta. 


 Nampak tak "stick" yang dipegang oleh lelaki berjubah hitam tu? 
Di bahagian atas stick tu ada tanda salib. 


Students marching into the hall. 


Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kedokteran . Beratur sebelum naik pentas. 


After graduation. 

More pictures. 

Alhamdulillah syukur . Kakak aku telah selamat melalui Hari Jubahnya. 
Aku tumpang happy!

Ya Allah, syukur atas segala nikmat dan kurniaanMu. 
Kesemua adik beradikku telah selamat bergraduasi dengan JAYANYA! 

Abang Long : University of Stratchlyde , Glasgow, United Kingdom. 
Kak Ngah : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Kak Irah : University Kristen Krida Wacana, Jakarta. 
Aku : ??? Hehe sooner or later InsyaAllah. 

Fuhh. Dalam adek beradek aku, aku sorang je lagi bergelar mahasiswa. 

I should strive and struggle hard! 

May Allah bless =)

Friday, May 17, 2013

Task untuk diri


I have to prepare myself. 
Esok ada task. Agak besar. 
Iaitu mencari Ibrah sepanjang perjalanan

Fuhh. Good Luck Girl! 



Talking keyboard : Semoga dapat bawak balik sesuatu yang berharga daripada perjalanan tersebut. Bukan setakat memori. Malah lebih dari tu. 

Bismillahirahmanirahim. 


Wednesday, May 15, 2013

Saya fail test JPJ . Saya happy. Anda bagaimana?


Bismillahirahmanirahim . Assalam sana. Assalam sini . 

Dah dua minggu tak update blog. So banyakk sangat event nak cite kat sini. Ok , please scroll down and read. 

- Pada dua selasa yang lepas, maktab aku jemput aku untuk anugerah pelajar cemerlang spm 2013. Alhamdulillah, aku berjaya menjejakkan kaki ke sana. Sebenarnya, ada halangan. Test JPJ aku sepatutnya juga pada hari selasa tersebut. Tapi atas budi bicara, Test JPJ aku ditunda pada minggu lepas. So dapatla ke sana. jumpa cikgu cikgi, jumpa kawan-kawan seperjuangan dulu dulu, mak cik mak cik pak cik bercerita pasal future career plan diskus itu ini. oh my god it was so awesome! =D betapa rindunya aku kat MRSM Tumpat. biarlah orang cakap apa pun, aku still cakap MRSM Tumpat was the best boarding school ever! Setiap sudut sekolah tu ada kenangan. Tengok dewan, teringat kenangan mandi di toilet dewan masa kul 4-5 pagi. Benda tu berlarutan selama beberapa minggu. Tengok pondok jaga, ingat menunggu burger yang ditempah tiap-tiap malam! Tengok asrama dan blok akademik lagilahh. Thank you.Wherever I am, I am still Tumpatians =)

Antara pelajar 9A's SPM Mrsm Tumpat 2012 . Teka aku yang mana? hehe. 


- Kedua, aku attend Test JPJ minggu lepas. Makk aihh berdebarr tu macam nak tahu keputusan SPM. Kencang sungguh jantung aku berdegup! Haha. Tapi disebabkan nervous, tersebut, aku FAIL. Like seriously. I fail . Dekat bahagian parking tu. Masa nak keluar tu, bumper belakang tersentuh tiang hadapan. 

"Berhentikan kenderaan, free gear, tarik handbrake, and keluar kenderaan" begitulah lebih kurang JPJ tu bercakap. I was like whattttttttttttttttt? Aku memang masa tuu sgt2 x percaya yang aku gagal. Akward feeling. Yalah. sedih tu memangla. But it's more to frustrated. 

So, aku balik rumah dan muhasabah balik. Bila fikir-fikir balik, aku amat bersyukur and HAPPY sebab ada banyak ibrahnya daripada kegagaln aku itu. 


(a) First of all, aku belajar nak dapat sesuatu bukan senang. It requires efforts , doa and tawakal! 
So , kes aku nie, aku tak pegang kereta dua minggu then tup tup dah nak test. Jadi aku dapat detects lah macam efforts aku kurang kat situ. Lama tak pegang kereta. Memang gagap. Kaki aku terketar-ketar jugaklah. HEHE. 

(b) Aku dapat pengalaman yang orang lain tak dapat. Like seriously. Bak kata Raja Shamri , 

"The Road That Less Travelled

And I know that I am on that road. Aku boleh faham rasanya orang gagal. Aku faham rasanya kuchiwa sebab tak dapat apa yang diinginkan. That was very precious moments for me. 

(c) Kegagalan adalah suatu tarbiyah daripada Allah. Tu nasihat Teacher aku. Bila kita gagal, mesti ada something yang Allah nak tarbiyah kita. Aku bersyukur sebab aku dapat tarbiyah itu . Alhamdulillah. 

(d) Aku belajar yang dalam apa-apa situasi pun, nervous and over excited feeling are not very good. I should tried to calm down so that I can perform very well. I should remind myself that being with that kind of feelings does not help me in anything. Obviously. 

(e) Jangan cepat berpuas hati dengan apa yang kita sudah buat. Nie yang aku belajar daripada bahagian parking. Masa aku nak keluar parking tu, aku cepat berpuas hati dan ini menyebabkan aku jadi less careful sampai aku terlanggar tiang hadapan. Memangla tiang tu tak jatuh tapi dah sentuh tiang tu pun dah kira mandatori. Yelaa kalau dalam dunia realiti nie, sentuh tiang tu dah mcm calarkan kereta orang lain. 
HEHE. 

So dengan ibrah yang aku dapat pelajari ini, aku pun dapatlah semangat baru. aku melangkah ke Institut Memandu pada hari nie dengan semangat dan nekad yang baru! =D dan hari isnin baru nie, aku try practise sebaik mungkin dan sebanyak yang mungkin. 

Alhamdulillah, Aku lulus. 

Naseb bek!. Thanks to Allah. Sebab bagi aku kejayaan. Alhamdulillah . Allahuakbar. I was over the moon! 

Satu benda yang aku belajar hari nie adalah kejayaan selepas kegagalan adalah sangat manissss!So sweet=)

Talking keyboard : Pesanan untuk semua dan diri saya terutama. Kejayaan selepas kegagalan memang sumpah osem! So, jangan mudah berputus asa. Buat sesuatu itu sehabis baik. Jaga hubungan dengan Allah. Kalau tak dapat jugak, mesti ada benda yang Allah nak tarbiyah hati dan jiwa kita. So don't give up, Bangkit balik sebab you should work for success. Success is abstract . They won't come to you. You have to grab them! Please keep in mind. Love you all. 






Friday, May 10, 2013

Short Post = Pergi Kenduri-Kendara ^^,


Alhamdulillah. 
Hari nie, sempat jugak pergi majlis kesyukuran kat umah Mak Teh. 
Sempena cucu mak teh yang bakal lahir. 

Thursday, May 9, 2013

Jalan-jalan cari barang. Yipeee!



Assalamualaikum semua!. 

Selepas aku bersedih hari rabu lepas atas a few SOLID reasons, Allah telah mengurniakan event yang gembira untuk aku hari ini. Kerana apa?

Hari nie first time aku jaulah(jalan-jalan) ngan akhowat-akhowat! 

Hari nie pertama kali keluar ngan kawan-kawan.Selama nie asyik tengok Syiqin a.k.a pandamatalebam jer keluar ngan kawan-kawan dia, so nie time aku pulak! hehehe .  tapi dekat jelah.. hehe nak jalan jalan jauh jauh takda duit . dekat pun x pela. yang sebenarnya aku nak teman Afaf pergi beli barang sebagai persediaan ke universiti! huhu awal betul sorang tu pergi beli barang. 

So pagi-pagi lagi, dalam around 9.30 pagi, Ain dah tercongok depan umah aku nak amik aku. Mak aihh betui betui punctual girl sorang nie. Then, baca doa naik kenderaan and bertolak ke rumah Ainun. Rumah Ainun nie jauh sikit. Tapi aku okay jer sebab bukan aku yang drive! Lagipun, it's not a big deal la for Ain sebab kereta dia sistem automatik. HEHE. 

Around 10, barulah kitorang gerak g jerteh. Then parking kat depan Econ sambil tunggu Afaf. Afaf bawak Myvi dia. So , kitorang decide naik satu kereta jelah senang cite. Then ambik Afaf dan pergi jalan-jalan. Huhu. 

Pusing kedai tu, pusing kedai nie, beli tudung, beli kain, beli inner neck, beli makanan macam-macam lah. 

Hihi. Tapi actually tak penting pun barang-barang tu semua, tapi yang penting is the moments that we spend together tuh. Sangat awesome! Gelak-gelak, ketawa, borak-borak macam macam hal keluar. Huhu.. Dah a few months tak jumpa banyak sungguh ceritanya. Kitorang pun diskus jugak pasal interview IPG nanti next week.

Lupa nak cite dalam nie, aku dapat interview IPG 14 Mei nie dekat Institut Perguruan Sultan Mizan. Kos Bahasa Inggeris. Berdebar. Lagipun takdi, ayah Afaf tu pensyarah kat situ, dia cakap IPG just nak 1200 students jah tahun nie. 1200 tu adalah from all over Malaysia. Memang sikit lah. Sebabnya, IPG cakap nak melahirkan guru-guru yang berkualiti. So, kepada yang dapat interview IPG, jangan pandang remeh walaupun nie interview untuk guru sekolah rendah, sebab placementnya sangat sikit dan sangat susah nak dapat! Lagipun, calon yang dipanggil untuk interview tu semuanya daripada kalangan 7A , 8A dan 9A. Good Luck for all. 

Sambung cite takdi hehe, so bila nak masuk waktu zohor, kitorang decide nak balik. Sebelum balik tu, sempat lagi pergi bungkus CoolBlog satu sorang! Di tengah2 panas yang menghangatkan, minum air tuu memang sangat refreshing dan menghilangkan dahago. HAHA. 

And the rest is history. =) 





Tuesday, May 7, 2013

Vaksin #2




Semakin kuat dan laju musuh berkerja, maka semakin kuat dan lajulah para tentera Allah harus bekerja. 

Malah lebih kuat dan laju lagi!

Biiznillah. 


Vaksin #1




Akhowat T : Kita patut bersyukur. 

Akhowat S : Kenapa pulak *sambil aliran air mata masih beranak sungai

Akhowat T : Kerana ini kekalahan yang memenangkan. Dan ini kejatuhan yang membangkitkan! 

Ewah! 

*credits to Angel Pakai Gucci. 

Percayalah bahawa matahari pasti akan muncul selepas hilangnya malam dan pelangi akan muncul selepas habisnya hujan. *Peace for all. 

Ukhuwah kimia #2!



Aku Masih Bersedih



Aku masih bersedih. Aku masih sugul. Aku masih termenung. 
Aku bangun pagi dengan tujuan baru agar segala yang berlaku sebelum nie berubah. 
Tapi tidak. Semuanya telah ditetapkan. Kerana kita semua hamba. Kita perlu redha dengan ketentuanNya. 
Semua itulah yang terbaik. 

Tolong menolonglah kamu dalam membangunkan agama, kamu akan bahagia. Dan jangan tolong menolong kamu atas jalan yang batil, kerana kelak akan membinasakan kamu. Menolong orang -orang yang berjuang untuk agama adalah wajib walaupun di sana ada kecacatan. Kesempurnaan itu milik Allah S.W.T - Ustaz Adam. 

Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.
Dengan tenang beliau menjawab, "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul". 
Islam xakan menang jika masih ramai lg masyarakat jahil.
Islam xakan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin.
Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Islam.
Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa.

Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita.
Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.
Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?
Perjuangan ini masih panjang. - Fanpage Ustaz Azhar Idrus. 

Perjuangan kita belum tamat. Ingat wahai anak muda, perjuangan kita hanya akan berakhir apabila habisnya nyawa. Berjuanglah kamu kerana agama. Lawanlah jentera-jentera jahiliyiah yang cuba mengkaburi matamu. 

hanya keranaNya. Fisabilillah. 


Ukhuwah kimia #1



Akhowat R : Awak tahu tak gula-gula kat umah saya sedang cemburukan kita berdua??

Akhowat S : Haishh Kenapa pulakk??

Akhowat S : Sebab manisnya  gula itu tak setanding manisnya ukhuwah islamiyah kita! *smile 

Akhowat S : Subhanallah. Osem! 

Monday, May 6, 2013

Snack and energy bar! #3



Image : Google

Akhowat A : Apa impian awak? Haaa saya tahu nak jadi arkitek kan?

Akhowat B : Bukan. 

Akhowat A : Habis itu?

Akhowat B : Impian untuk menjadi rahib di malam hari, dan singa di siang hari! 

Ewah! 

Snack and Energy Bar! #2


Image : Google

Si A : Bersabarlah dan berbahagialah para mujahid dan mujahidah. 

Si B : Karna apa?

Si A : Kerana Allah S.W.T bersamamu! 


Snack and Energy Bar! #1


Image : Google

Si A : "Gembiranya, nak pergi mana tu?" 

Si B : "Bulatan gembiralah, mestilah gembira!". 

Woha! 


Tanggungjawab kita masih banyak ya ukthi ya usrati jannati!


Disklaimer ala-ala APG : Post nie tak berapa sesuai untuk para pembaca yang alergik dengan perkataan dakwah, tarbiyah, usrah, bulatan gembira dan sebagainya. Senyum sambil buat tanda aman. 



Alhamdulillah. Selesai sudah PRU 13. Semuanya telah ditakdirkan. Dan ketentuan Allah S.W.T sudah tentunya yang terbaik. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 

Peristiwa nie telah membuat aku tersentap , tergamam, dan tertampar. 
Rupa-rupanya masih banyak lagi tanggungjawab yang belum kita tunaikan! 

Rupa-rupanya masih banyak lagi batu-bata, simen dan pasir yang diperlukan untuk membina KLCC! 

Ya. KLCC itu diibaratkan sebagai kemenangan Islam suatu hari nanti. 

Banyak lagi peranan yg belum kita mainkan wahai generasi muda. Ayuh! 

Biarlah kita menjadi salah sebutir pasir yang digunakan sebagai acuan untuk membina muslimin dan muslimat yang mengikut acuan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W! 

Biarlah kita menjadi batu-batu kukuh untuk menaikkan martabat Islam suatu hari nanti. InsyaAllah.

Pintaku hanya satu. 

Supaya Hukum Islam tertegak atas muka bumi ini. 

Supaya bila aku tua nanti, aku mampu tersenyum di kerusiku melihatkan pentadbiran baru bercorak Islam. 
yang betul-betul mengamalkan hukum-hakam Islam secara KESELURUHANNYA.  

bukan hanya separuh-separuh. 

Ya Ukhti Ya Usrati Jannati !

Rencah hidup kita bukan setakat berbulatan gembira bersama naqibah dan usrah mates yang awesome. Bukan sahaja cukup dengan berkoferens riang . Bukan sahaja cukup dengan talian ukhuwah yang kekadang mampu mengalirkan air mata kegembiraan. Bukan setakat itu.

Tugas sebenar kita bermula sesudah tasbih kafarah sehinggalah bermulanya Surah Al-Fatihah.
Ingat tu.

Nota kepada Diri Sendiri :
Segalanya tidak mungkin. Kalau diri tidak mahu berubah dan tidak mahu mengubah. Ingat. Changing to good is never a crime. Teruskan dengan misi dan visi anda. 
Jangan mudah mengalah. Kerana Allah sentiasa berada di sisiMu. 

Yakinlah dan Senyum. 



Sunday, May 5, 2013

PRU 13



Alhamdulillah tepat jam 5 tadi sudah tamat masa mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia. 

Sekarang pula adalah masa pengiraan undi . Kita doakan yang terbaek buat rakyat Malaysia dan juga negara Malaysia. 

Semoga pentadbiran baru dapat membawa Malaysia ke arah negara yang maju dan setanding dengan negara - negara lain. Peace no war! 

Teringat pulak lah masa pilihanraya kat maktab dulu. 
Best sangat! Superb Fun! =D
disebabkan jadi salah seorang calon,
kenalah buat manifesto bagai, bagi2 kat orang, promotekan diri (malu kott hehe), pergi setiap orang bg kertas manifesto perhh mmg byk lah keje. hehe
tak tido malam. kul 1 pagi pulak bangun dengan geng geng tmpal kertas manifesto seluruh dorm. HAHA. 


Dan Alhamdulillah, 
dapat menang jawatan BIRO PUTERI bagi Badan Wakil Pelajar! 

Fuhh. Lega. Tapi tanggungjawab tidaklah sesenang dan sehappy yang disangka. A lottt of obstacles and difficulties yg mendatang. seriously. Tapi Alhamdulillah semua berjaya diatasi. 

Talking keyboard : Walau ape pun jawatan kita atau kita skdr orang biasa, 
kita semua ada tanggungjawab. 

JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAIK MUNGKIN. 
SUPAYA TIDAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI. 



Saturday, May 4, 2013

Jumaat 3/5/2013.


Jumaat. Penghulu segala hari. Sayyidul ayyam.


Smile always. Be positive. 

Alhamdulillah , kerana masih lagi dapat bersua muka dengan jumaat. Hari penting dalam Islam. 

Alhamdulillah juga kerana masih dapat menyertai program Umi bersama akhowat-akhowat lain. 

Alhamdulillah juga karna Aku dan Ain selamat sampai dengan selamatnya di rumah. (tadi jammed teruk!) 

Alhamdulillah juga masih dpt bertemu dengan Erry, Shahirah, Faezah dan ramai lagi ^^, 

Alhamdulillah juga kerana dapat duduk di taman-taman syurga walaupun sebentar cuma. 

Alhamdulillah juga kerana hari nie, dapat interview daripada IPG. 14 mei nie interview. (mood:berdebar2!) 

Konklusinya. Alhamdulillah.  




Wednesday, May 1, 2013

Bulatan Gembira Segera.




Assalam. Hari nie memang legend. Funny and Fatigue.  Rushing to the max today. Haha. Today embarks a new experience for me and my bestie. ^^, Macam nie citenye. Umi aku mesej aku lebih kurang pukul 8 pagi takdi inform yang bulatan gembira start pukul 9!. Aku bangun dengan mengejut! Shock. Woww That so fast. Sejam je nak siap.. Amik phone terus contact Ain!! and kitorg diskus2, lastly buat keputusan tak nak pergi. adalah beberapa sebab. then aku relax relax. termenung sana termenung sini. lastly, dalam kul 9 bila mata dh nk tutup balik, Ain mesej! cakap dia nak pergi and dia nak amik aku dalam masa 10 minit! aku macm nie.. "whattttttttttt?" nie memang sudahh..bygkan 10 minitt je nak siap2 semua untuk pergi bulatan gembira tu. ..  haish. bergegas mcm halilintar aku p siap2 semua.. tu pun x sempt siap, dia dah tercongok dengn kenari depan umah. hahaaa.. sian kat dia kene tunggu. then kitorg pun bertolakk.. kete speed memg x yah ckp r,, lajuu molekk haha.. nak jadi cite, tetibe tukar plan. bulatan gembira changes location ke umah umi! aisehh satu hal pulak.. kitorg nie x kenal umah umi! ==__==' umi dh bg direction tiga kali . x phamm2.. sesat mcm buah langsat .. memang ranum tip top siang takdi. hahaha. gelak habis sakan lam kete. hehe. last kali, aku amik phone tepon usrah mates aku yg kat KL . dia tahu umah umi. last kali. jumpa lahhh haduih.. naseb bek nampak Umi tengah tunggu kat jlan before masuk umah dia. kalau x memang sampai ke petang masih dlm misi mencari Umah umi. hehe. jumpa umi. cium pipi kanan pipi kiri. dijemput masuk and THE REST IS HISTORY =)

p/s : first time rushing nk pergi sana. mmg "segera" betoi! haha. lepas nie x nak buat daa.. letih!

Girl and Guitar. Kau dan aku.

Assalam. 
Petang semalam, lepak-lepak, bila bosan, ape lagi bukak lah facebook tu,  dah x de keje kan.. HEHE..
pastu nampak lahh ada perempuan post katanye nak belaja gitar.. 
Senyum sorang-sorang aku baca post tu..


Hehe. Teringat pulok satu masa dulu..zaman tak matang..zaman kanak2..zaman x kehirau keliling..
Aku dan dia..
Dia suka telefon aku waktu malam , huhu habiskan kredit jehh..
Tapi ada satu malam tu..
Dia telefon aku.. and tetibe je dia main gitar sekali..
And ajak aku nyanyi! 
Haha. Lawak22..
Aku pun tak nak lah kan mengecewakan dia..
Aku pun nyanyi lah sekali.. Lantak argh suara tak sedapp pun.. 
(hek eleh dia bukannya pandai maen gitar jugak pun) hehe gurau2
Sangat sweet malam tu! Kitorang gelak sakan tergolek malam tu. HEHE.. 
aku x ingat lah lagu ape.. 
Dia main gitar, aku nyanyi . Tapi memori nie dah lama dah . Masa aku form 3 dulu. 
still lah the best memories ever. 

Tapi sayang..
Masa form 4, 
kitorang berpisah.. HUHU
Dia ke MRSM Kuantan dan aku ke MRSM Tumpat. 

To dia , 
Nur Diyan Mohd Ridzuan. 
Sungguh, ada ketika aku sangat merindukanmu! 
Gelak ketawa, celoteh cinonetmu, 
Dan ada ketika aku ingin kembali pada waktu itu. HEHE. 
Tapi  aku tahu. masing-masing dah ada aim msg2.
dan mungkin dah sukar untuk kita berjumpe dan bermesra kembali.
kau cara kau . aku cara aku.
tp satu jep. 
kalau kau baca post nie, aku nak kau tahu aku hargai setiap memori aku dengan mu! 
UHIBBUKI FILLAH ^^, 


Monday, April 29, 2013

Think positive ^^, (in every situation)



Note : To me myself. 

Bila rasa bosan di rumah, bersyukurlah sebab kamu bkn berada di luar, membuat maksiat bersama minah-minah rempit dan mat-mat rempit. 

Bila diri senang melakukan perkara baek, bersyukurlah sebab ko bukan golongan yang sedang beristiqamah melakukan dosa. 

Bila rasa demam biasa2 or kene selsema, bersyukurlah sebab x kene penyakit berat@berbahaya yang memerlukan menelan seberapa banyak "candies" hari-hari. 

Bila rasa bosan dengan usrah(sometimes), bersyukurlah sebab Allah pilih engkau dripada ramai-ramai girl di luar sana untuk sit down dan mengingatiNya. 

Bila berkasih sayang munchy lovey dovey dengan keluarga, bersyukurlah sebab ko bukan dilahirkan dari ibu bapa yang lebih bermesraan dengan duit dan harta benda. 

Bila tubuh badan kau sihat walafiat, bersyukurlah kerana kau bukan salah seorang yang addicted to "cancer stick" dan x pernah terjebak dengannya. 

Bila rasa engkau sedikit diuji, bersyukurlah sebab kau tak kene ujian berat2, seperti mereka yang kekadang menelan pil tidur just to find solace and tried hard to run away from reality. 

Walaubagaimanapun keadaan yang mendatang, 
Bersyukurlah. 

Dan
 bila rasa diri dilanda calamities dan ujian yang maximum, 
peganglah nadi kau 
dan 
BERSYUKUR. 

TalkingKeyboard : Saya tahu ia bukan senang. Tapi ia juga bukan mustahil. InsyaAllah. 

May Allah bless.
Sincerely, 
Shahizzat.  


Shopaholic. Puncanya??



Assalamualaikum ^^, 

Sedikit info from Entri Jameela pada hari nieee : 

Dua sebab kenapa perempuan nie mostly "shopaholic". 

1. Kerana mereka merasakan kekurangan sesuatu . Dan mereka cuba mencari-cari sesuatu yang boleh melengkapkan kekurangan itu. 

2. Pengubat stress. Biasela pompuan kalau stress2 , pergi shopping salah satunya satu cara untuk get rid stress tu. Kekadang, window shopping pun x pe. Asal boleh jejak mall tu, pun dah kira okay! 



NotaTangan : Shoplah sebanyak mana pun, asal barang itu dimanfaatkan sepenuhnya! 
Jangan membazir sudaa ^^, 

Sunday, April 28, 2013

Solution for all problems.

Rooftop girl.



One of my wishlist = Being a rooftop girl. 
Teringin sangat. 
Suatu hari nanti
stay at the rooftop. 
All Alone. 
Without anyone and nobody cares. 
And see the world like my eyes wants to see. 

Havoc!



Slow-Slow boleh tak?


Ehem Ehem. 
To all gegegirl yang dalam on the way untuk berubah, 
one thing yang aku ingin nasihat is jangan berubah secara mendadak. 
and 
jangan buat sesuatu keputusan tu dalam keadaan marah atau dalam keadaan menangis. 
because the result will not be good. 

Macam aku dulu, 
masa nak buang karat2 jahiliah, 
aku tetibe STOP terus daripada baca novel cintan cintun yang tidak langsung menambahkan Iman. 
tapi last sekali, 
waktu freetime, aku ambik jer novel siap baca dan beli lagi. 
hehe. 

Ingat All, 
manusia nie fitrah dia tak boleh berubah scra mendadak. sebab nanti bila dia fed up
dia akan buat balik.
so lebih baek buat slow slow.

bak kata pepatah, 
SLOW and STEADY. 

barulah kesannya berpanjangan. 
InsyaAllah. 



Friday, April 26, 2013

KMK ? apekah itu ?


Semalam. 
Selepas siap buat international passport, 
p pekena air jambu kejap. 
Balik umah. 
Bukak laptop. 
Bukak facebook.
Bukak page Halatuju Pendidikan Selepas SPM. 
Dapat link. 
Bukak webpage Matrik. 



Aku dapat Kolej Matrikulasi Melaka!
Alhamdulillah. 
Syukur nikmat Tuhan sebab dapat placement. 
Syukur sebab out of hundred thousand students, 
Dia pilih aku jugak sebagai salah seorang. 
Syukur sebab dalam tiga pilihan tu, Allah
bagi Kolej Matrikulasi Melaka. 
Mungkin tempat tu the best of the best berbanding dua lagi. 

And yang paling happynya, 
Ain dapat situ juugak!
Yihaaaaaaa
Alhamdulillahh =) 

Kita orang berpisah semasa tingktan 4, 
dia ke MRSM PC dan aku ke MRSM Tumpat. 

Kalau ada rezeki lagi, mungkin berjumpa lagi di KMK.
InsyaAllah. 

Namun, aku still hope for the best for
MARA. 
IPG 
and lastly UPU. 

Before end, 
bukak Surah Al Hadid ayat 22 dan 23. 
Sangat Sweet <3 p="">