Thursday, March 21, 2013

Coret-coret Mak Bedah #1


" Jom ke Pusat Tarbiyah malam ini. Ada ceramah daripada Ustaz Abdullah.", ajak si ayah sewaktu berehat-rehat sambil minum petang. Wajahnya kelihatan begitu bersemangat hendak ke sana bersama-sama keluarga. Supaya semua orang boleh mendengar dan semua orang boleh merasa manfaatnya dan manisnya di dalam majlis ilmu.

Si ibu mengganguk-angguk tanda setuju dengan cadangan bernas suaminya itu. Dia juga ingin mendengar sendiri kuliah maghrib daripada Ustaz Abdullah itu. Ustaz Abdullah yang begitu jelas mengajar dan pandai mengolah sememangnya menarik minat semua muslimin dan muslimat yang hadir. Ditambah dengan lawak selingan membuatkan ramai orang tidak kering gusi menghadiri majlis ilmu itu, majlis di mana malaikat memayungi.

"Yeay!", teriak hati sebujur tubuh gempal bernama Aisyah.

Selepas bersiap-siap semua, mereka bertolak ke pusat tersebut. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit kerana lokasinya yang tidak jauh. Tambahan pula, si ayah pula memilih untuk melalui jalan kampung, jalan yang jauh dari kesibukan. Kalau lalu jalan besar, masakan esok pun tak sampai.


Sesampainya di sana, Natasya bersorak riang di dalam hati. Bangunan masjid yang berwarna hijau yang tersergam indah di depan matanya menggamit kenangan-kenangan yang lalu. Menyebabkan Natasha mengimbas kembali kenangan lampau. Ya! Di sinilah semuanya bermula. Di mana dia mula mengenal apa tujuan hidup sebenarnya. Dia mengetahui apakah yang sebenarnya yang terangkum dalam kalimah syahadah. Pendek kata nya, dia mula mencedok ilmu agamanya di sini. Dan umi . Umilah yang membantu orang jahil spertinya untuk bertatih perlahan-lahan ke arah jalan yang benar. Ya. Umi yang tidak pernah putus mengajar anak-anak buahnya supaya sentiasa mentauhidkan Allah S.W.T. Umi yang tanpa penat dan lelah menyediakan dan mencurahkan seberapa banyak nasihat buat anak-anak yang bakal melangkah ke universiti suatu hati nanti. InsyaAllah. 

Kenangan lalu yang terimbas dalam kotak fikirannya menggamit rasa rindu yang tidak terperi kepada uminya.Teringin sekali bersua muka dengan umi yang sudah lama tidak ketemu. Setakat berhubung dan berkomunikasi melalui telefon, mana mungkin menghilangkan gelojak perasaan rindu di dada. 
Arghhh. Teringin sekali rasanya berlari-lari anak memeluk uminya seerat mungkin. Wah. Rasa rindu kerana Allah S.W.T lagi bermakna sebenarnya!. SubhanAllah. 

Sewaktu kakinya melangkah masuk ke balai solat perempuan, hatinya tidak putus-putus berdoa agar uminya turut hadir dalam majlis ilmu itu. Dia berdoa agar dapat dipertemukan dengan wajah yang sangat dirinduinya itu! Dia amat mengharapkan sosok tubuh ibu tua tu akan turut bersama dalam majlis ilmu, yakni majlis yang baik itu. 

Walaubagaimanpun, satu keluhan dilepaskan. Susuk tubuh yang dicari tiada di depan mata. Melilau mata ke kiri dan ke kanan mencari. Namun semuanya membuahkan hampa. Tiada pun di celah-celah manusia tu, wajah uminya yang terpacul. SubhanAllah. Tapi wajahnya kembali ceria. Dia yakin uminya tetap akan datang. InsyaAllah. 

Dia menunggu penuh setia uminya itu. Setiap orang yang melangkah masuk pasti dilihatnya. Naik lenguh rasa tengkuk dek berpaling terlalu kerap. 

"Ya Allah, pertemukanlah aku dengan guru kesayanganku itu," 

Tapi malangnya, umi tidak muncul-muncul sehinggalah majlis ilmu itu berakhir. Wajahnya berkerut. Penuh dengan kekecewaan. Dia tunduk ingin menangis tapi ditahannya. kerana dia yakin Allah S.W.T tahu apa yang terbaik. Akhirnya, dia melangkah keluar bersama ibunya dengan langkah yang berat... 

Keesokannya harinya...

Seperti biasa , pada malam rabu, keluarga Natasha akan menghadiri kuliah maghrib di Masjid di daerahnya. 
Natasha sebenaqnya tiada mood pun nak pergi, tapi digagahkan juga dan dilawannya juga perasaan itu. Kerana dia tahu membuat perkara baik juga perlukan mujahadah. terutama yang berkaitan dengan agamanya. 

Usai melakukan solat maghrib dan mengaminkan doa iman, dia ingin bangun mengambil buku nota di belakang. Apabila menoleh ke kiri, 

"SubhanaAllah!," terpacul pujian memuji Allah S.W.T dari mulutnya itu. 

Kelihatan uminya yanng dirindui selama ini berada di kirinya. Dan telah bersama-sama melakukan solat tadi! 
Untuk melepaskan rindu yang ada, dia lantas memeluknya uminya itu! Dia mencium tangan tua milik uminya dan menatap wajah suci dan tenang itu. 

Dalam hatinya, dia tidak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah S.W.T telah pertemukan dia dengan uminya. Bahkan uminya yang solat di tepinya. Sungguh dia tidak sangka! SubhanAllah. Betapa besarnya kuasa Allah S.W.T. Betapa kasihnya Allah S.W.T terhadap hambanya.. 



Sebelum berpisah, uminya sempat lagi mencurahkan nasihat kepada dirinya. The end. 

Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Ehem3. Testing2. Hehe. Story nie mungkin simple. Tapi sini, just nak highlight bahawa berdoa itu sangat penting. Walaupun perkara yang diminta kecil. Tapi tetap teruskan berdoa. That's why la ostajah2 suka berpesan yang doa itu adalah SENJATA orang mukmin. Weapon kita. Bersifat universal. Coveragenya meliputi seluruh alam. Direct dengan Allah S.W.T. 

Tapi Allah S.W.T mempunyai cara untuk membalas doa kita. 

Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul."
 (Surah al-Baqarah: 186)

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sumber : Iluvislam. 

Selamat beramal.