Thursday, May 9, 2013

Jalan-jalan cari barang. Yipeee!



Assalamualaikum semua!. 

Selepas aku bersedih hari rabu lepas atas a few SOLID reasons, Allah telah mengurniakan event yang gembira untuk aku hari ini. Kerana apa?

Hari nie first time aku jaulah(jalan-jalan) ngan akhowat-akhowat! 

Hari nie pertama kali keluar ngan kawan-kawan.Selama nie asyik tengok Syiqin a.k.a pandamatalebam jer keluar ngan kawan-kawan dia, so nie time aku pulak! hehehe .  tapi dekat jelah.. hehe nak jalan jalan jauh jauh takda duit . dekat pun x pela. yang sebenarnya aku nak teman Afaf pergi beli barang sebagai persediaan ke universiti! huhu awal betul sorang tu pergi beli barang. 

So pagi-pagi lagi, dalam around 9.30 pagi, Ain dah tercongok depan umah aku nak amik aku. Mak aihh betui betui punctual girl sorang nie. Then, baca doa naik kenderaan and bertolak ke rumah Ainun. Rumah Ainun nie jauh sikit. Tapi aku okay jer sebab bukan aku yang drive! Lagipun, it's not a big deal la for Ain sebab kereta dia sistem automatik. HEHE. 

Around 10, barulah kitorang gerak g jerteh. Then parking kat depan Econ sambil tunggu Afaf. Afaf bawak Myvi dia. So , kitorang decide naik satu kereta jelah senang cite. Then ambik Afaf dan pergi jalan-jalan. Huhu. 

Pusing kedai tu, pusing kedai nie, beli tudung, beli kain, beli inner neck, beli makanan macam-macam lah. 

Hihi. Tapi actually tak penting pun barang-barang tu semua, tapi yang penting is the moments that we spend together tuh. Sangat awesome! Gelak-gelak, ketawa, borak-borak macam macam hal keluar. Huhu.. Dah a few months tak jumpa banyak sungguh ceritanya. Kitorang pun diskus jugak pasal interview IPG nanti next week.

Lupa nak cite dalam nie, aku dapat interview IPG 14 Mei nie dekat Institut Perguruan Sultan Mizan. Kos Bahasa Inggeris. Berdebar. Lagipun takdi, ayah Afaf tu pensyarah kat situ, dia cakap IPG just nak 1200 students jah tahun nie. 1200 tu adalah from all over Malaysia. Memang sikit lah. Sebabnya, IPG cakap nak melahirkan guru-guru yang berkualiti. So, kepada yang dapat interview IPG, jangan pandang remeh walaupun nie interview untuk guru sekolah rendah, sebab placementnya sangat sikit dan sangat susah nak dapat! Lagipun, calon yang dipanggil untuk interview tu semuanya daripada kalangan 7A , 8A dan 9A. Good Luck for all. 

Sambung cite takdi hehe, so bila nak masuk waktu zohor, kitorang decide nak balik. Sebelum balik tu, sempat lagi pergi bungkus CoolBlog satu sorang! Di tengah2 panas yang menghangatkan, minum air tuu memang sangat refreshing dan menghilangkan dahago. HAHA. 

And the rest is history. =)