Tuesday, May 7, 2013

Vaksin #2




Semakin kuat dan laju musuh berkerja, maka semakin kuat dan lajulah para tentera Allah harus bekerja. 

Malah lebih kuat dan laju lagi!

Biiznillah. 


Vaksin #1




Akhowat T : Kita patut bersyukur. 

Akhowat S : Kenapa pulak *sambil aliran air mata masih beranak sungai

Akhowat T : Kerana ini kekalahan yang memenangkan. Dan ini kejatuhan yang membangkitkan! 

Ewah! 

*credits to Angel Pakai Gucci. 

Percayalah bahawa matahari pasti akan muncul selepas hilangnya malam dan pelangi akan muncul selepas habisnya hujan. *Peace for all. 

Ukhuwah kimia #2!



Aku Masih Bersedih



Aku masih bersedih. Aku masih sugul. Aku masih termenung. 
Aku bangun pagi dengan tujuan baru agar segala yang berlaku sebelum nie berubah. 
Tapi tidak. Semuanya telah ditetapkan. Kerana kita semua hamba. Kita perlu redha dengan ketentuanNya. 
Semua itulah yang terbaik. 

Tolong menolonglah kamu dalam membangunkan agama, kamu akan bahagia. Dan jangan tolong menolong kamu atas jalan yang batil, kerana kelak akan membinasakan kamu. Menolong orang -orang yang berjuang untuk agama adalah wajib walaupun di sana ada kecacatan. Kesempurnaan itu milik Allah S.W.T - Ustaz Adam. 

Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.
Dengan tenang beliau menjawab, "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul". 
Islam xakan menang jika masih ramai lg masyarakat jahil.
Islam xakan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin.
Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Islam.
Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa.

Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita.
Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.
Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?
Perjuangan ini masih panjang. - Fanpage Ustaz Azhar Idrus. 

Perjuangan kita belum tamat. Ingat wahai anak muda, perjuangan kita hanya akan berakhir apabila habisnya nyawa. Berjuanglah kamu kerana agama. Lawanlah jentera-jentera jahiliyiah yang cuba mengkaburi matamu. 

hanya keranaNya. Fisabilillah. 


Ukhuwah kimia #1



Akhowat R : Awak tahu tak gula-gula kat umah saya sedang cemburukan kita berdua??

Akhowat S : Haishh Kenapa pulakk??

Akhowat S : Sebab manisnya  gula itu tak setanding manisnya ukhuwah islamiyah kita! *smile 

Akhowat S : Subhanallah. Osem!