Monday, May 6, 2013

Tanggungjawab kita masih banyak ya ukthi ya usrati jannati!


Disklaimer ala-ala APG : Post nie tak berapa sesuai untuk para pembaca yang alergik dengan perkataan dakwah, tarbiyah, usrah, bulatan gembira dan sebagainya. Senyum sambil buat tanda aman. 



Alhamdulillah. Selesai sudah PRU 13. Semuanya telah ditakdirkan. Dan ketentuan Allah S.W.T sudah tentunya yang terbaik. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 

Peristiwa nie telah membuat aku tersentap , tergamam, dan tertampar. 
Rupa-rupanya masih banyak lagi tanggungjawab yang belum kita tunaikan! 

Rupa-rupanya masih banyak lagi batu-bata, simen dan pasir yang diperlukan untuk membina KLCC! 

Ya. KLCC itu diibaratkan sebagai kemenangan Islam suatu hari nanti. 

Banyak lagi peranan yg belum kita mainkan wahai generasi muda. Ayuh! 

Biarlah kita menjadi salah sebutir pasir yang digunakan sebagai acuan untuk membina muslimin dan muslimat yang mengikut acuan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W! 

Biarlah kita menjadi batu-batu kukuh untuk menaikkan martabat Islam suatu hari nanti. InsyaAllah.

Pintaku hanya satu. 

Supaya Hukum Islam tertegak atas muka bumi ini. 

Supaya bila aku tua nanti, aku mampu tersenyum di kerusiku melihatkan pentadbiran baru bercorak Islam. 
yang betul-betul mengamalkan hukum-hakam Islam secara KESELURUHANNYA.  

bukan hanya separuh-separuh. 

Ya Ukhti Ya Usrati Jannati !

Rencah hidup kita bukan setakat berbulatan gembira bersama naqibah dan usrah mates yang awesome. Bukan sahaja cukup dengan berkoferens riang . Bukan sahaja cukup dengan talian ukhuwah yang kekadang mampu mengalirkan air mata kegembiraan. Bukan setakat itu.

Tugas sebenar kita bermula sesudah tasbih kafarah sehinggalah bermulanya Surah Al-Fatihah.
Ingat tu.

Nota kepada Diri Sendiri :
Segalanya tidak mungkin. Kalau diri tidak mahu berubah dan tidak mahu mengubah. Ingat. Changing to good is never a crime. Teruskan dengan misi dan visi anda. 
Jangan mudah mengalah. Kerana Allah sentiasa berada di sisiMu. 

Yakinlah dan Senyum. 



2 comments:

Anonymous said...

bye bye TGNA :') *lambai tangan kesat air mata

BudakNakal said...

Jazakillahu khairan khatira =)