Tuesday, May 28, 2013

Sebulat kata Sepenuh Jiwa =D



Cak!! ni cousin saya yang tembam kiut miut comey lotey. Hazwan or nama glamour HZ =D 

Assalamualaikum. Boys and girls. 
How was your day? SHINE brights like a diamond or CLOUDY like a chance of meatballs? 
Live well or live hell , you choose buddies =) 

Lately, sudah ramai budak seangkatan batch saya sudah masuk ke pusat pengajian masing-masing , untuk mencedok seberapa banyak ilmu bagi kos masing-masing. 27/5/2013 - dengan jayanya, hampir beratus ribu pelajar sudah mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi masing-masing. Macam-macam reaksi boleh ku lihat. 
Ada yang happy, over excited sebab duk jauh, dan ada juga yg x berpuas hati dengan kemudahan di tmpt tersebut. Well, kalau nak tempat yg high class, better you go to sleep and start dreaming again. 
Ingatlah wahai kawan2, tempat takkan menyesuaikan diri dengan anda. You have to fit with them. 

Aku juga dapat mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi Melaka. 
Program aliran sains selama setahun. 
Rasa rugi jugaklah tolak sebab bak kata cikgu aku, 
"KMM nie tempat budak-budak pandai". 
Cikgu tu memang ex-KMM and dia memang sarankan aku untuk pergi ke situ. 
Tapi fikir-fikir , aku rasa aku perlu menunggu peluang lain dahulu. 

Aku jugak mendapat tawaran temuduga daripada Institut Perguruan(IPG). 
Tapi macam catatan yang aku tulis sebelum ini, 
IPG hanya memerlukan lebih kurang 1200 pelajar sahaja tahun ini. Sebabnya mereka kata
nak melahirkan guru yang betul2 cemerlang dan berkualiti. 
Konklusinya, memang agak tipis lah peluang untuk masuk IPG walaupun aku nie dalam list Program Cemerlang IPG. So nak tak nak, aku tak terima IPG. 

Untuk UPU pula , aku dapat tawaran daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 
Dalam bidang Asasi Bahasa Inggeris. Ibarat belajar Bahasa Inggeris secara mendalam. 
Tak belajar sains, biology, chemistry and physics dah. Bahasa Inggeris semata-mata. 




No comments: