Thursday, March 21, 2013

Coret-coret Mak Bedah #1


" Jom ke Pusat Tarbiyah malam ini. Ada ceramah daripada Ustaz Abdullah.", ajak si ayah sewaktu berehat-rehat sambil minum petang. Wajahnya kelihatan begitu bersemangat hendak ke sana bersama-sama keluarga. Supaya semua orang boleh mendengar dan semua orang boleh merasa manfaatnya dan manisnya di dalam majlis ilmu.

Si ibu mengganguk-angguk tanda setuju dengan cadangan bernas suaminya itu. Dia juga ingin mendengar sendiri kuliah maghrib daripada Ustaz Abdullah itu. Ustaz Abdullah yang begitu jelas mengajar dan pandai mengolah sememangnya menarik minat semua muslimin dan muslimat yang hadir. Ditambah dengan lawak selingan membuatkan ramai orang tidak kering gusi menghadiri majlis ilmu itu, majlis di mana malaikat memayungi.

"Yeay!", teriak hati sebujur tubuh gempal bernama Aisyah.

Selepas bersiap-siap semua, mereka bertolak ke pusat tersebut. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit kerana lokasinya yang tidak jauh. Tambahan pula, si ayah pula memilih untuk melalui jalan kampung, jalan yang jauh dari kesibukan. Kalau lalu jalan besar, masakan esok pun tak sampai.


Sesampainya di sana, Natasya bersorak riang di dalam hati. Bangunan masjid yang berwarna hijau yang tersergam indah di depan matanya menggamit kenangan-kenangan yang lalu. Menyebabkan Natasha mengimbas kembali kenangan lampau. Ya! Di sinilah semuanya bermula. Di mana dia mula mengenal apa tujuan hidup sebenarnya. Dia mengetahui apakah yang sebenarnya yang terangkum dalam kalimah syahadah. Pendek kata nya, dia mula mencedok ilmu agamanya di sini. Dan umi . Umilah yang membantu orang jahil spertinya untuk bertatih perlahan-lahan ke arah jalan yang benar. Ya. Umi yang tidak pernah putus mengajar anak-anak buahnya supaya sentiasa mentauhidkan Allah S.W.T. Umi yang tanpa penat dan lelah menyediakan dan mencurahkan seberapa banyak nasihat buat anak-anak yang bakal melangkah ke universiti suatu hati nanti. InsyaAllah. 

Kenangan lalu yang terimbas dalam kotak fikirannya menggamit rasa rindu yang tidak terperi kepada uminya.Teringin sekali bersua muka dengan umi yang sudah lama tidak ketemu. Setakat berhubung dan berkomunikasi melalui telefon, mana mungkin menghilangkan gelojak perasaan rindu di dada. 
Arghhh. Teringin sekali rasanya berlari-lari anak memeluk uminya seerat mungkin. Wah. Rasa rindu kerana Allah S.W.T lagi bermakna sebenarnya!. SubhanAllah. 

Sewaktu kakinya melangkah masuk ke balai solat perempuan, hatinya tidak putus-putus berdoa agar uminya turut hadir dalam majlis ilmu itu. Dia berdoa agar dapat dipertemukan dengan wajah yang sangat dirinduinya itu! Dia amat mengharapkan sosok tubuh ibu tua tu akan turut bersama dalam majlis ilmu, yakni majlis yang baik itu. 

Walaubagaimanpun, satu keluhan dilepaskan. Susuk tubuh yang dicari tiada di depan mata. Melilau mata ke kiri dan ke kanan mencari. Namun semuanya membuahkan hampa. Tiada pun di celah-celah manusia tu, wajah uminya yang terpacul. SubhanAllah. Tapi wajahnya kembali ceria. Dia yakin uminya tetap akan datang. InsyaAllah. 

Dia menunggu penuh setia uminya itu. Setiap orang yang melangkah masuk pasti dilihatnya. Naik lenguh rasa tengkuk dek berpaling terlalu kerap. 

"Ya Allah, pertemukanlah aku dengan guru kesayanganku itu," 

Tapi malangnya, umi tidak muncul-muncul sehinggalah majlis ilmu itu berakhir. Wajahnya berkerut. Penuh dengan kekecewaan. Dia tunduk ingin menangis tapi ditahannya. kerana dia yakin Allah S.W.T tahu apa yang terbaik. Akhirnya, dia melangkah keluar bersama ibunya dengan langkah yang berat... 

Keesokannya harinya...

Seperti biasa , pada malam rabu, keluarga Natasha akan menghadiri kuliah maghrib di Masjid di daerahnya. 
Natasha sebenaqnya tiada mood pun nak pergi, tapi digagahkan juga dan dilawannya juga perasaan itu. Kerana dia tahu membuat perkara baik juga perlukan mujahadah. terutama yang berkaitan dengan agamanya. 

Usai melakukan solat maghrib dan mengaminkan doa iman, dia ingin bangun mengambil buku nota di belakang. Apabila menoleh ke kiri, 

"SubhanaAllah!," terpacul pujian memuji Allah S.W.T dari mulutnya itu. 

Kelihatan uminya yanng dirindui selama ini berada di kirinya. Dan telah bersama-sama melakukan solat tadi! 
Untuk melepaskan rindu yang ada, dia lantas memeluknya uminya itu! Dia mencium tangan tua milik uminya dan menatap wajah suci dan tenang itu. 

Dalam hatinya, dia tidak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah S.W.T telah pertemukan dia dengan uminya. Bahkan uminya yang solat di tepinya. Sungguh dia tidak sangka! SubhanAllah. Betapa besarnya kuasa Allah S.W.T. Betapa kasihnya Allah S.W.T terhadap hambanya.. 



Sebelum berpisah, uminya sempat lagi mencurahkan nasihat kepada dirinya. The end. 

Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Ehem3. Testing2. Hehe. Story nie mungkin simple. Tapi sini, just nak highlight bahawa berdoa itu sangat penting. Walaupun perkara yang diminta kecil. Tapi tetap teruskan berdoa. That's why la ostajah2 suka berpesan yang doa itu adalah SENJATA orang mukmin. Weapon kita. Bersifat universal. Coveragenya meliputi seluruh alam. Direct dengan Allah S.W.T. 

Tapi Allah S.W.T mempunyai cara untuk membalas doa kita. 

Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul."
 (Surah al-Baqarah: 186)

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sumber : Iluvislam. 

Selamat beramal. 








Wednesday, March 20, 2013

To all S P M Victim 2012.





Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa keputusan SPM 2012 bakal diumumkan pada hari khamis ini bersamaan 21 Mac 2013. Sah! Memang sah. Result keluar hari khamis ini. Bukan khamis minggu depan, bukan khamis bulan depan, tapi khamis minggu ini. In the matter of fact, esok la der!

Pejam celik pejam celik, rasa sekejapnya masa berlalu. 3 bulan telah berlalu dengan jayanya sehinggalah sampai waktunya untuk menuai hasil yang telah dibaja setelah sekian lama 2 tahun. Ops bukan 2 tahun, tapi pembelajaran kita bermula daripada darjah 1. Apa yang kita buat selama berbelas-belas tahun ini akan terjawab pada pukul 10 pagi esok.

Sesiapa yang menuai dengan bersungguh-sungguh, rajin menyiram tiap waktu, menabur baja yang berkualiti, menanam elok2 bagi mengelakkkan persaingan dan di kawasan yang condusive lagi exlusive, bakal menuai buah yang ranum lagi menyegarkan. Arh. Manakala, jika melakukan sebaliknya, hasilnya juga vice versa.

Tapi apa-apa pun, semua dah berlaku. Tangan sudah menjawab. Minda dah memerah. Paper sudah ditulis. dan Pemeriksa sudah memeriksa. Cuma esok, kita perlu melangkah dengan jayanya dan hati perlu sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T

Apa pun, Allah knows what is best for you. Pegang dengan kata-kata itu. Please. Agar kita dapat mengawal perasaan pada esok hari. Terimalah keputusan dengan redha dan tenang. InsyaAllah mohon dipermudahkan.



"Fa iza azamta fatawakal alaLlah"
Apabila kamu berusaha bersungguh2..maka bertawakallah kpd Allah S.W.T. 
-Wan Faiz. 

adakalanya kita xmampu utk mnerima hakikat yg sbenarnya, tatkala tgan dhulur utk mnrima rsult, debaran kian mmuncak..nah, bermula dari c2 la sgalaya bermula, mcm2 action dpt dilihat
-kgembiraan trsangat
-kgmbiraan berbaur ksedihan
-syukur
-penyesalan
Namun perlu igt, apa yg tlh digenggam dtgan xmampu diubah lagi, sgalaya sdang berlaku..inilah realiti..apa yg mampu kita lakukan adalah go on with our life.. Bagi yg mndapat kgembiraan buatlah plihan yg tepat,trus mluncur ke arah kjayaan..bagi yg kurang brnasib baek, ingatlah prjuangan anda bkan stakat ini, kjyaan ini bkan pnentu segalanya,nmun iktikad dan smangat adalah pnntu sgalanya, truskan perjuuangan dan jgan myesali apa yg tlah berlaku..biarkan org laen bergmbira dan yakinlah saat ini jgak akan mnemui anda..mungkin doa anda akn dmakbulkan d laen waktu kerna doa itu munkin
-dmakbulkan pada masa itu
-xdmakbulkan tpi dberikan yg lbih baek dari itu
-dmakbulkan laen waktu

-doakan yg terbaik utk kita smua..amin
- Siti Nurul Jannah

p/s : Nak menerima keputusan Spm di dunia pun berdebar2, macam mana lah agaknya bila nak terima keputusan(buku amalan) daripada Allah S.W.T nanti? Allahuakbar. 





Monday, March 18, 2013

Relationship because of Allah S.W.T?


Ukhwah. One simple word. Easy to utter and easy to type. And it carries a huge meaning for those who understand it. And not too forget it brings a thousand meaning for those who feel it.



Sebelum saya memulakan bebelan saya dalam post yang ke berapa entah nie, eloklah saya
melafazkan Bismillahirahmanirahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, 
aku titipkan idea-idea yang sudah tentu tidak lain dan tidak bukan diilhamkan straight away daripadaNya yang Maha Memberi dalam postku kali ini. 

Kalau boring-boring mengadap laptop, atau sudah bosan melayan movie-movie korea-korea yang sememangnya tidak menjanjikan happy ending, silalah duduk diam sejenak dan memikirkan kawan-kawan atau senior-senior anda atau junior-junior mahupun family anda. 

Adakah anda berkawan dan bertempuk tampar dengan mereka kerana material ? 
Adakah anda saling mencontact or mengwhatsapp or mengviber mereka kerana meninginkan sesuatu ?
Adakah anda memberi hadiah kepada mereka hanya untuk mendapat nama or mendapat balasan kembali ?

OR 

Adakah anda berkawan dengan mereka kerana Allah S.W.T ?

Jika jawapan anda ya untuk soalan terakhir, maka tahniah kerana anda memahami konsep ukhuwah. 

UKHWAH nie sebenaqnya ialah 
"hati-hati dan ruh-ruh yang terikat dengan ikatan akidah" 
-Imam Hassan Al Banna. 

dalam kata pendeknya, 
ukhuwah ini adalah persaudaraan berdasarkan akidah yang sama. 

''Ukhuwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta, bukan juga bersulamkan cinta yang tiada terhala, tapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan hati-hati manusia yang beriman kepada Allah."

dan sebab itulah, dalam setiap usrah yang diadakan, Inche Murabbi akan sentiasa membaca surah doa rabitah untuk ikat hati2 si mutarabbi2 yang riang lagi osem nie. HEHE. 

Namun, ia bukanlah sesuatu yang senang untuk mendapatkan feel ukhuwah. 
Ia juga ada beberapa tahap yg sukar juga untuk dipraktikkan melainkan usaha segigih mungkin. 

Nak tahu tak ?

Tahap ukhuwah yang paling rendah sekali adalah membuka dada seluas-luasnya or selalunya dikata berlapang dada 

dan tahap yang paling tinggi sekali ialah melebihkan sahabat lebih dari diri sendiri. 

Yeah. It's true. Payah bukan? Tapi No worries, Allah S.W.T kan ada. Smile. 
Once dapat feel ukhwah, rase macam nak menangis. Sometimes, tears were rolling down on my cheeks as sy sgt2 terharu dengan kebaikan yang mereka hulurkan. 

Kekadang, sahabat2 nie sanggup berjaulah jauh2 semata-mata nak berjumpa dan bertemu mata denganku. Mereka sanggup datang jauh2 semata-mata nak berbulatan gembira sama-sama. *lap air mata. 
Mereka tidak pernah mensoalkan soal wang, tenaga dan masa yang digunakan as kita sama2 tahu reward yang didambakan bukanlah daripada manusia, tetapi dari Allah the Almighty. 
Seriously. 

Sangat manis. =) 
Sangat manis rasa ini. Sangat manis rasa cinta kepada kawan seakidah nie. 
Sehingga Jalaluddin Rumi pernah berkata

" Andai gula tahu betapa manisnya cinta, pasti ia tersipu kerana manisnya tidak seberapa" 
Inilah aim kita. Aim untuk mengajar kemanisan cintaNya yang satu! 

Jom berukhwah! 

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa"
Alzukhruf : ayat ke 67.